Monday, January 31, 2005

Saturday, January 29, 2005

Selamat Hari Jumaat

Good Morning To Everybody....

Assalamualaikum w.b.t .... bertemu lagi kita pada hari Jumaat yang mulia ini. Hari ni mcm sibuk sikit sebab orang dari New Services datang nak buat asset tagging. Ari tu bos aku kata biarkan je diorang buat keje, tapi ari ni dia suruh tolong plak. Mende la cakap mcm orang kulit hitam plak... apa la dia.

Petang ni rasa mcm nak balik kampung plak. Kelmarin adik aku call, birthday dia ari tu 26 Jan, dia demam. Kesian gak aku tengok. Memula cadang tak nak balik, tapi disebabkan aku ni seorang abg yang bertanggung jawap dan berhati mulia, aku kena la balik. Tengok adik aku yang demam tu, teruk gak. Tu yang kesian tu.

Semalam petang mcm biasa. Jogging ..... bersungguh sungguh la aku jogging semalam. Dapat la 4 round. Peluh kaw kaw punya kuar hehehe puas hati je rasanya. Pastu pasal bersungguh sungguh la gak lutut aku tetiba sakit. Tapi disebabkan semangat kesukanan yang menebal, aku gagahkan diri sampai ke penamat hehehe. Terer betul diri aku ni... kui kui kui.

Friday, January 28, 2005


Makan sup kat Raja Sup dgn pakcik aku. Tu laki maksu dengan Pak Ngah Posted by Hello

Pak Ngah dengan Amir. Amir tu sepupu aku la .. anak maksu aku Posted by Hello

Bersama mak budak kat opis aku ... yang baju merah tu juara kategori wanita veteran tu panjat tangga Posted by Hello

Sebelum acara larian tangga, tapi belum mula pun aku dah dapat no 1 hehe Posted by Hello

Hari yang kepenatan sikit

Hello, hello, hello and good morning .....

Bertemu lagi kita di ruangan yang indah lagi best ni hehehe .... sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat dan cergas, Fault Management Non-Platinum KL mengadakan larian 140 anak tangga pagi tadi. Aku tak masuk sebab aku bangun lambat, tapi tengok tengok diorang start lambat plak. Kalau tau aku masuk je. Tapi kita aku ada gak kepentingan sebagai peserta pertandingan makan nasi lemak hehehe .....

Semalam, petang lepas keje, aktiviti mcm biasa ... jogging. Dah 2 minggu tak gi jogging, letih gak la ... rasa mcm nak meletup je dada ni. Tapi disebabkan semangat kesukanan yang menebal dalam diri ni, makan aku selamba je lari hehehe. Tu sebab aku tak masuk larian 140 anak tangga kat opis aku ni. Lagipun lif dah elok dah, rugi je masuk. Baik aku naik lif, lagi best. Lif baru plak tu.

Malam tadi, lepas makan aku dapat satu call. Call dari orang yang aku pening kepala nak layan. Minah tu kalau cakap dengan aku kat phone, mesti aku boleh dapat penyakit darah tinggi. One of the problem of that lady, dia bila cakap dengan aku mesti ntah apa apa ntah. Umur dah 28 tapi perangai langsung tak matang. Entah la ... maybe dia ada internal problem kot, tapi memang betul boleh membuatkan aku hilang sabar. Tapi untuk bagi dia tak fikir aku yang bukan bukan & menjaga hati dia, aku terima pelawaan dia untuk gi keluar. Dah lama dia ajak, tapi aku tak free, pastu bila aku kata tak boleh, dia marah marah. Cuba korang bayangkan betapa hanginnya aku masa tu. Hampeh. Masa kat dalam kete tu pun aku tak banyak cakap pun. Dia tu psiko betul. Tertekan aku dibuatnya. Maybe lepas ni dia serik kot nak kuar dengan aku hehehe...... kitorang kuar pukul 11, balik umah pukul 1 pagi. Aku kenal dia sebab dia jadi pengapit perempuan masa kawan aku kawin. Masa tu aku jadi pengapit lelaki. Nombor aku dia mintak kat pengantin. Tu sebab dia dapat tu.

Apa apa pun, hope today can make me happy. Lagipun bos takde kui kui kui ...... sukanya aku. Bos aku gi tengok bapak dia sakit. Teringat dulu masa bapak aku masuk hospital dulu. Aku ambik emergency leaves, pastu dia bising bising sebab aku ambik cuti lama. Bodoh punya pompuan, dah la bapak aku ada sorang je. Pastu time bapak dia sakit, tau plak balik.. ingatkan dia takde perasaan kekeluargaan. Tu sebab aku hangin je kat dia, mcm orang yang takde perasaan je.

Pastu ada orang tu kan, sakit selsema tapi dia tak makan ubat . Apa la ...........

Thursday, January 27, 2005


Mama Andy ... rindu plak kat dia Posted by Hello

Dapat pindah gak dia ..... Tahniah ke TSSB report duty on 1st Feb Posted by Hello

Hari ni mcm hari Isnin plak

Good morning, good morning, good morning .....

Semalam cuti sebab hari Thaipusam, rasa hari cuti yang sungguh terluang sebab pegi jalan jalan. Takde la mcm holiday yang selalunya. Biasa masa holiday lepak umah je, tapi sebab maksu ajak. Lagipun nak bawak pak ngah jalan jalan. Kira mcm bawak pelancong luar negara la hehe. Kesian dia, bini dia kat Mekah, anak dia plak kat Sweeden. Dia plak kat Malaysia hehehe. Best la spent my time dengan pak ngah tu. Last jumpa dia 10 tahun lepas, masa tu kecik lagi. Dia pun tak ingat lagi. Tapi sekarang ni boleh la ajak sembang sembang dah sebab aku dah besar hehehe. Semalam kitorang gi Ikea kat mutiara damansara, pastu jalan jalan kat Pusat Bandar Damansara, pastu gi makan tengahari kat Raja Sup Tmn Tun. perghhhh sempoi tu sup dia. Tapi kesian aku kat Pak Ngah aku tu, makan punya makan, tetiba berlari ke toilet hehehe . ... perut mat saleh tak tahan makan makanan orang Melayu kui kui kui. Pastu kitorang lepak lepak kat Putrajaya. Tapi panas giler tu .... terbakar kulit rasanya ( mcm mat saleh la pulak aku ni hehehe ). Tapi betul la, cuti yang sungguh terisi rasanya. Letih giler .... pukul 9 malam baru balik. keluar rumah dari 9 pagi. Nak pengsan rasanya. Sakit tengkok ni rasanya. Tu la rasa mcm nak mintak kat orang tu tolong picitkan hehe boleh ke ? ( sape tu ye hehehe ).

Wednesday, January 26, 2005


Ini family aku ... aku sekarang ni tengah rindu sangat kat dua orang yang tengah tu. Aduh ..... Posted by Hello

Ni gambar ari tu intreview .. rasa mcm smart la plak hehehe Posted by Hello

Lawa tak masjid ni ? Orang putrajaya sendiri pun tak tau sape yang design. Yang design ni sedara mara Osama Laden tu. Posted by Hello

Aku cari pokok kat Putrajaya tu nak ambik gambar ni, panas giler Posted by Hello

Pak Ngah David  Posted by Hello

Seorang jejaka yang best hehehe Posted by Hello

Tuesday, January 25, 2005

Hari hari yang mendatang

19 Jan 2005

Dengan penuh debaran, aku gi Menara Rebung untuk berjuang interview. Gile punya kecut perut masa tu. Rasa perut tu jadi kecik je. Tak lalu makan tu masa tengahari, maklum la last gi interview 4 tahun lepas. Tapi nasib baik la ada orang call bagi semangat hehehehe ... tq to ______ ( fill in the blank ) sebab dia sudi call masa tu. Itu pun aku yang suruh. Dia la sorang sorangnya yang call petang tu.

Tepat jam 1515, nama aku kena panggil. Gila punya ketar seluruh badan ni. Hampeh. Rasa mcm nak tido pun ada hehehe.

Masuk-masuk je dalam bilik tu, ada 4 orang panel. 3 lelaki, sorang pompuan. Yang pompuan tu muda lagi. Boleh tahan gak, siap rambut karat tu hehehe .... mula mula diorang suruh cerita pasal kerja, aku pun cite la pasal keje ( tapi tak termasuk la keje chatting, bukak website ). Pastu tetiba diorang tanya aku pasal wanita pilihan aku. Ceh.... last last sessi interview tu bertukar jadi sessi sembang pasal pompuan. aku pun layan je la. 15 minit abis la interview tu.



20 Jan 2005;

Masa ni dah sampai umah kat kampung dah. Pagi pagi lagi aku dah bangun pegi beli ayam kat pasar. Adik adik aku gi sekolah. Maklum la, aku ni seorang abg yang baik hati lagi rajin. Beli ayam 2 ekor. Pastu dah balik mula la kepala otak aku ni pikir nak masak apa untuk raya haji ni. Nasi Himpit dah siap dah. tinggal lauk je. Pikir punya pikir, aku buat la ayam masak merah. Bergotong royong dengan adik adik aku yang 2 orang lagi. Tengah dok masak ayam masak merah tu, tetiba time nak masukkan tomato puri tu, siap dengan tin tercampak dalam kuali, nasib baik la aku dah basuh dulu tin tu. Tomato puri cuma dapat diselamatkan separuh je, lagi separuh dah masuk dalam kuali. Aku ingatkan ok je, rupanya jadi masam la aku punya ayam masak merah tu. Hampeh betul.

Ingat senang ke nak adjust kasi ok balik. Pening kepala aku pikir. Last last dapat la idea. Aku try masukkan sos tiram. Jeng jeng jeng ... hasilnya sungguh membanggakan diri aku har har har ... siap makcik makcik aku datang makan tu kui kui kui ... sungguh best la diri aku ni.

21 Jan 2005;

Hari raya Aidiladha...... kitorang beraya adik beradik je. Maklum la .. parent aku beraya kat Mekah. Tapi takde la terasa sangat sebab aku berjaya mengubah emosi sedih adik adik aku tu... lagipun jiran jiran yang baik hati bagi banyak lauk pauk .... nasib baik aku masak satu lauk je, kalau tak membazir je.


22 Jan 2005 ;

Aku demam .... uwaaaaaaaaaaaaaaa


23 Jan 2005;

dah ok balik demam, tapi selsema .... asyik bersin je ....... makan tak larat lagi .. cian aku ... rindu kat mak aku kot hehehe petang balik kl ..... jalan jem giler, ramai orang kena keje ari Isnin. Lalu kat batu Caves, lagi jem. Diorang buat persiapan nak pecah kelapa. Hidung pedih tu bau diorang bakar kemenyan. Malam tak boleh tido .... sebab risaukan ada sorang tu hehehe .... rupanya dia rilek je ... cehh ..... penat je risau.


24 Jan 2005;

Hari ni aku bangun awal siot .... pukul 0700. Mungkin ni azam baru aku kot hehehe ..... pastu siap mamai lagi dalam bilik air .... rasa mcm nak tido lagi je ..... pagi pagi gi sarapan roti canai dengan teh tarik. Lapar tu sebab malam tadi tak makan. Pastu rupanya bos aku datang keje hari ni. Ingatkan dia cuti. Pastu membebel je ... sabo je la aku ... takpe takpe ....



Thursday, January 20, 2005

Hari Ini Hari Rabu

Good morning semua .... hari yang amat mendebarkan. Petang ni pukul 2 ada satu interview kat Menara Telekom. Berdebar debar betul rasa di hati ni. Sampai tadi pagi punya sarapan tak abis. Bukan sebab tak lalu makan. Tapi sebab roti canai tu dah mcm papan lapis dia punya kekerasan tu. Hampeh betul. Pagi ni rasa mcm tak sejuk sangat la .... tapi still rasa nyaman dia punya udara. tapi malam tadi gak best. Gi makan kat Lembah Maju, alaaa tempat yang ada live band tu. Layan je, tapi yang best tu ada awek kat sebelah meja tu, perghhhh meleleh hingus siot tengok mereka mereka tu. Tapi rasa rasa mcm diorang tu lesbian plak kui kui kui.......

Semalam tengahari my parent call dari Mekah. Diorang ada kat sana buat haji. Sekali dengan my untie yang kat Australia tu. Ok la adik beradik pegi sama sama. Memang mengharapkan diorang call sebab nak mintak restu la konon kononnya nak gi interview petang ni. Aduh ... apasal berdebar debar je jantung ku ini ........ arghhhh tertekan ni. Aduh ... nasib baik takde darah tinggi... kalau tak mesti dah pengsan dah ni.


Wednesday, January 19, 2005


Bersama anak tersayang..... Posted by Hello

Pernah dulu mengisi hati ini hehehe Posted by Hello

Pagi yang indah

Pepagi tadi bangun awal, pukul 6:30, pastu tarik selimut balik hehehe sejuk wooo ... pastu sambung balik tido, maklum la .. baru beli selimut .. rasa mcm best je selimut tu sebab tebal. Pastu bangun balik pukul 7:15... kira awal la tu.

Saje je nak buat blog ni sebab tengok budak Lily Jaja tu buat, pastu test la ... mcm best je dia buat ... pastu aku akan berazam untuk menandingi blog si budak jaja tu buat. Mcm best je blog dia tu walaupun tak best.

Sekarang ni rasa berdebar debar. Esok gue ada interview. Nak kasi naik pangkat jadi seorang pembuat air yang berjaya. Sekarang ni buat air guna sijil lain. Kira kalau interview pakai diploma maybe naik sikit kot gaji. Kalau pakai Degree lagi tinggi rasanya gaji buat air tu.