19 Jan 2005
Dengan penuh debaran, aku gi Menara Rebung untuk berjuang interview. Gile punya kecut perut masa tu. Rasa perut tu jadi kecik je. Tak lalu makan tu masa tengahari, maklum la last gi interview 4 tahun lepas. Tapi nasib baik la ada orang call bagi semangat hehehehe ... tq to ______ ( fill in the blank ) sebab dia sudi call masa tu. Itu pun aku yang suruh. Dia la sorang sorangnya yang call petang tu.
Tepat jam 1515, nama aku kena panggil. Gila punya ketar seluruh badan ni. Hampeh. Rasa mcm nak tido pun ada hehehe.
Masuk-masuk je dalam bilik tu, ada 4 orang panel. 3 lelaki, sorang pompuan. Yang pompuan tu muda lagi. Boleh tahan gak, siap rambut karat tu hehehe .... mula mula diorang suruh cerita pasal kerja, aku pun cite la pasal keje ( tapi tak termasuk la keje chatting, bukak website ). Pastu tetiba diorang tanya aku pasal wanita pilihan aku. Ceh.... last last sessi interview tu bertukar jadi sessi sembang pasal pompuan. aku pun layan je la. 15 minit abis la interview tu.
20 Jan 2005;
Masa ni dah sampai umah kat kampung dah. Pagi pagi lagi aku dah bangun pegi beli ayam kat pasar. Adik adik aku gi sekolah. Maklum la, aku ni seorang abg yang baik hati lagi rajin. Beli ayam 2 ekor. Pastu dah balik mula la kepala otak aku ni pikir nak masak apa untuk raya haji ni. Nasi Himpit dah siap dah. tinggal lauk je. Pikir punya pikir, aku buat la ayam masak merah. Bergotong royong dengan adik adik aku yang 2 orang lagi. Tengah dok masak ayam masak merah tu, tetiba time nak masukkan tomato puri tu, siap dengan tin tercampak dalam kuali, nasib baik la aku dah basuh dulu tin tu. Tomato puri cuma dapat diselamatkan separuh je, lagi separuh dah masuk dalam kuali. Aku ingatkan ok je, rupanya jadi masam la aku punya ayam masak merah tu. Hampeh betul.
Ingat senang ke nak adjust kasi ok balik. Pening kepala aku pikir. Last last dapat la idea. Aku try masukkan sos tiram. Jeng jeng jeng ... hasilnya sungguh membanggakan diri aku har har har ... siap makcik makcik aku datang makan tu kui kui kui ... sungguh best la diri aku ni.
21 Jan 2005;
Hari raya Aidiladha...... kitorang beraya adik beradik je. Maklum la .. parent aku beraya kat Mekah. Tapi takde la terasa sangat sebab aku berjaya mengubah emosi sedih adik adik aku tu... lagipun jiran jiran yang baik hati bagi banyak lauk pauk .... nasib baik aku masak satu lauk je, kalau tak membazir je.
22 Jan 2005 ;
Aku demam .... uwaaaaaaaaaaaaaaa
23 Jan 2005;
dah ok balik demam, tapi selsema .... asyik bersin je ....... makan tak larat lagi .. cian aku ... rindu kat mak aku kot hehehe petang balik kl ..... jalan jem giler, ramai orang kena keje ari Isnin. Lalu kat batu Caves, lagi jem. Diorang buat persiapan nak pecah kelapa. Hidung pedih tu bau diorang bakar kemenyan. Malam tak boleh tido .... sebab risaukan ada sorang tu hehehe .... rupanya dia rilek je ... cehh ..... penat je risau.
24 Jan 2005;
Hari ni aku bangun awal siot .... pukul 0700. Mungkin ni azam baru aku kot hehehe ..... pastu siap mamai lagi dalam bilik air .... rasa mcm nak tido lagi je ..... pagi pagi gi sarapan roti canai dengan teh tarik. Lapar tu sebab malam tadi tak makan. Pastu rupanya bos aku datang keje hari ni. Ingatkan dia cuti. Pastu membebel je ... sabo je la aku ... takpe takpe ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment