Friday, January 28, 2005

Hari yang kepenatan sikit

Hello, hello, hello and good morning .....

Bertemu lagi kita di ruangan yang indah lagi best ni hehehe .... sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat dan cergas, Fault Management Non-Platinum KL mengadakan larian 140 anak tangga pagi tadi. Aku tak masuk sebab aku bangun lambat, tapi tengok tengok diorang start lambat plak. Kalau tau aku masuk je. Tapi kita aku ada gak kepentingan sebagai peserta pertandingan makan nasi lemak hehehe .....

Semalam, petang lepas keje, aktiviti mcm biasa ... jogging. Dah 2 minggu tak gi jogging, letih gak la ... rasa mcm nak meletup je dada ni. Tapi disebabkan semangat kesukanan yang menebal dalam diri ni, makan aku selamba je lari hehehe. Tu sebab aku tak masuk larian 140 anak tangga kat opis aku ni. Lagipun lif dah elok dah, rugi je masuk. Baik aku naik lif, lagi best. Lif baru plak tu.

Malam tadi, lepas makan aku dapat satu call. Call dari orang yang aku pening kepala nak layan. Minah tu kalau cakap dengan aku kat phone, mesti aku boleh dapat penyakit darah tinggi. One of the problem of that lady, dia bila cakap dengan aku mesti ntah apa apa ntah. Umur dah 28 tapi perangai langsung tak matang. Entah la ... maybe dia ada internal problem kot, tapi memang betul boleh membuatkan aku hilang sabar. Tapi untuk bagi dia tak fikir aku yang bukan bukan & menjaga hati dia, aku terima pelawaan dia untuk gi keluar. Dah lama dia ajak, tapi aku tak free, pastu bila aku kata tak boleh, dia marah marah. Cuba korang bayangkan betapa hanginnya aku masa tu. Hampeh. Masa kat dalam kete tu pun aku tak banyak cakap pun. Dia tu psiko betul. Tertekan aku dibuatnya. Maybe lepas ni dia serik kot nak kuar dengan aku hehehe...... kitorang kuar pukul 11, balik umah pukul 1 pagi. Aku kenal dia sebab dia jadi pengapit perempuan masa kawan aku kawin. Masa tu aku jadi pengapit lelaki. Nombor aku dia mintak kat pengantin. Tu sebab dia dapat tu.

Apa apa pun, hope today can make me happy. Lagipun bos takde kui kui kui ...... sukanya aku. Bos aku gi tengok bapak dia sakit. Teringat dulu masa bapak aku masuk hospital dulu. Aku ambik emergency leaves, pastu dia bising bising sebab aku ambik cuti lama. Bodoh punya pompuan, dah la bapak aku ada sorang je. Pastu time bapak dia sakit, tau plak balik.. ingatkan dia takde perasaan kekeluargaan. Tu sebab aku hangin je kat dia, mcm orang yang takde perasaan je.

Pastu ada orang tu kan, sakit selsema tapi dia tak makan ubat . Apa la ...........

No comments: