Saturday, February 19, 2005

Pagi Jumaat Yang Indah

Assalamualaikum w.b.t

Good Morning pada semua yang baca benda alah ni. Terima kasih la sebab tengok tengok gak kat bendalah aku ni yang tak seberapa ......

Hari ni hari Jumaat. Syukur malam tadi hujan turun ke bumi memberikan seribu rahmat kepada makhluk ciptaannya. Dah lama dah tak hujan ada la dalam beberapa minggu. Kalau hujan pun turun mcm memain je. Bila hujan turun je semalam, rasa mcm best je. Hujan turun semalam masa aku kat luar lagi. Aku gi keluar dengan pengantin baru. Dia ajak aku keluar kata nak belanja makan. Kitorang lepak makan kat Sup Meletup kat Bandar Tasik Selatan. Layan tu, padahal tekak aku ni tengah sakit mcm di toreh toreh je kat dalam ni. Pastu ronda ronda KL. Masa diorang hantar aku kat rumah, diorang bagi aku perfume hehehe. Best betul dapat perfume. Bulan lepas dah ada orang bagi, bulan ni pun ada gak orang bagi. Agak agak bulan depan sape yang nak bagi plak ye hehehe.

Pagi ni aku terlewat sikit bangun. Pukul 8 baru terjaga. Kelam kabut gak la. Sebabnya, tengah best layan tido dalam keadaan sejuk, aku tetiba rasa ada banyak cecair dari hidung aku keluar. Pastu terjaga je, terus bersin. Lama plak tu. Abis sarung bantal basah la jugak. Aku bangun ambik towel kecik buat lap hidung, tengok jam pukul 4.30 pagi. Tak boleh tido gak sampai pukul 5. Tensen je. Ada ke pagi pagi buta bersin bersin.

Pegi kerja hari ni kira mcm bikin panas la. Buat pertama kali dalam 4 tahun aku kerja kat sini, aku pakai baju melayu ke tempat kerja. Pastu rimas je rasanya sebab semua orang asyik dok tanya la, puji la, mcm tak pernah tengok orang pakai baju melayu je gayanya. Nasib baik aku tak pakai samping songket dengan songkok. Kalau tak mesti ramai orang jatuh cinta hehehe. Aku baru je tadi lepas kena panggil dengan bos, buat appraisal. Kira ok la, dapat 92%. Sayang jugak bos aku dengan aku ni hehehe.

Pastu sebelum terlambat, kalau ada orang yang terbaca blog aku ni, aku nak ucapkan Happy Birthday pada orang tu. Birthday dia pada esok ( 19 Feb 2005 ). Semoga panjang umur, murah rezeki. Kalau dia tak baca benda alah ni takpe la. Maybe dia baca minggu depan ke, dua minggu lagi ke, bulan depan ke. Takde hal la. Sorry tak sempat belikan bantal tu, tapi akan dicari. Jangan risau, orang jenis aku ni susah nak lupakan orang. Cuma orang je selalu terlupa diri aku ni wujud. Itu pun aku tak kisah gak, sukahati la nak buat apa pun.

MEN LIKE PEACHES AND PEARS, GROW SWEET A LITTLE WHILE BEFORE THEY BEGIN TO DECAY.

No comments: