Selamat Pagi & good Morning,
Pagi Isnin yang ceria harapnya ( Si Midah ada plak ari ni ), semoga dalam keadaan yang sihat sejahtera la hendaknya.
05 Feb 2005;
Masa ni hari Sabtu. Aku tak kerja sebab aku kerja sampai Jumaat je. Ada la orang tu kena kerja hari Sabtu hehehe. Apa kelas keje ari Sabtu. Tapi sebenarnya hari tu adalah hari yang paling membosankan rupanya. Ye la, dah la aku sorang sorang je kat rumah, mende ntah aku nak buat. Lepas sarapan je, aku cuba untuk membasuh baju. Berjaya la nampaknya, pastu cuci la fish tank. Berjaya gak menghilangkan bosan yang bersarang di jiwa raga aku ni. Pastu pukul 1430 je, saat yang paling bosan sekali. Maklum la, selalu tiap minggu aku balik Sabak Bernam. Minggu ni tak balik plak. Dah tak tau nak buat apa ntah.Pastu aku ambik keputusan nak kuar jalan jalan. Aku gi round KL sorang sorang naik motor. Punya la panas terik cuaca, terbakar sel sel kulit aku yang dah sedia hitam ni ( hitam ke aku hehehe ). Pastu aku gi lepak kat Carefour Wangsa Maju. Saje je lepak. Dah bosan kat sana, round plak kat Tmn Melawati, dalam pukul 1930 tu Maksu call. Dia ajak gi Shah Alam plak. Hari ahad kita ada sedara aku nak bernikah, kitorang tak dapat datang. So datang la malam tu buat syarat je la. Sampai umah maksu je ingatkan nak mandi dulu, pastu rupanya sampai je terus dia ajak naik kete. Letih betul. Pastu dah sampai Shah Alam, lepak makan sup kat Seksyen 8. Tak la best sangat sup kat situ, tak boleh lawan sup kat Raja Sup Tmn Tun. Tapi dia punya sambal belacan, perghhh .. boleh membuatkan aku menangis teresak esak tu. Sampai Ampang pukul 2 pagi. Letih betul rasanya.
06 Feb 2005;
Masa ni hari Ahad. Mcm biasa la, pagi ada je aktiviti. Tapi pagi pun takde la pagi sangat, sebab bangun tido pun pukul 1130 hehehe. Sarapan pukul 1150 tu. Makan nasi lemak lagi tu. Tapi bila time dah pukul 1430, bosan mula menguasai diri. Dah la sorang sorang je kat umah tu. Kawan kawan hilang. Pegi je rumah bawah, diorang ajak gi tengok Le Tour De Langkawi kat Dataran. Layan gak tu. Tapi jalan semua tutup. Kitorang mula mula lepak kat Maju Junction. Tengok diorang lumba basikal. Lepas je lumba abis, jalan pun dah bukak, baru la kitorang gerak ke dataran. Jalan sikit punya jem. Nasib baik tak naik kete. Kalau tak mesti tak dapat tengok punya. Dah abis je lumba basikal tu, kitorang lepak kat Dato' Keramat. Layan air buah gelas besar. Murah je, RM1.50 je. Kenyang gak la minum air je. Balik rumah pukul 1930. Letih la badan ni. Maklum la... dah tua hehehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment