Saturday, March 19, 2005

Minggu yang takde mood

Assalamualaikum w.b.t & good morning to you .........


Lama dah tak taip benda alah ni ... sibuk sangat rasanya minggu ni .. maklum la ... big bos la katakan hehehe....


Semalam aku gi TTC, ada talk pasal TM Branding. Best la gak talk tu, pasal Re-branding company aku ni. Logo nak tukar kaler, uniform nak tukar kaler mcm mcm lagi la nak tukar. Tapi bos aku tak tukar tukar plak. Kalau dia tukar sekali dengan bos aku, rasanya lagi best kot.

Hari tu, big boss aku mintak aku gi Sabah ( KK ) end of this month. Hmmm memula tu ok la, tapi last last dia mintak pakai duit sendiri dulu beli tiket flight sebab nak cut cost. Dia suruh naik Air Asia, sebab kalau MAS susah sikit nak claim tiket sebab mahal. Pastu aku tak puas hati la, aku cakap mana boleh mcm ni. Selalu diorang yang uruskan pasal flight tu. Tau tau dapat tiket je, tapi sekarang nimcm hampeh. Aku bagitau la yang aku nak pakai duit banyak bulan ni. Aku nak konvo lagi, mcm mcm lagi nak guna duit. Dah la claim lambat. Daripada aku suffer sepanjang bulan tu, baik aku tak payah pegi. Pastu kena marah plak aku, nak cakap mcm mana lagi. Aku diam je la... hari panas je.

Pastu, hari Rabu ari tu, aku gaduh dengan budak rumah aku. Mende ntah dia hangin. Aku balik dari keluar beli air, pinjam motor kawan aku. Pastu aku naik atas antar air, pastu nak turun balik sebab nak kunci motor. Masa aku nak masuk bilik dengar orang maki hamun. Segala mencarut carut keluar. Rupanya ditujukan pada aku. Dia marah sebab aku tak tutup pintu. Kecoh je ... pasal pintu pun nak mengamuk ngamuk. Aku cakap kat dia aku nak turun bawah balik sebab nak kunci motor. Pastu aku kena marah balik. Last last aku lepas kunci motor je, naik balik bawak turun pisau blade. Hmmmm nasib baik tak tikam perut dia ari tu. Ingat dia badan besar aku takut ke nak lawan. Pastu, aku terus naik, lepak dalam bilik baca paper. Hati panas je. Pastu mamat tu naik, mintak maaf kat aku. Ingat senang ke aku nak maafkan dia. Dah panggil aku babi la, apa la mcm mcm la, selamba je nak mintak maaf. Yang best tu, siap melutut, nak cium kaki aku, menangis nangis. Hampeh betul. Kalau setakat gaduh dengan tunang pun, nak babitkan kawan kawan apasal plak. Bengang la aku. Pastu sampai sekarang ni, malas aku nak sembang sangat dengan dia. Itu la akibatnya bila otak dah tak berfungsi. Benak sangat kepala hotak tu.

Semalam, masa on the way nak balik, tengah aku bawak kete dengan layannya nak masuk simpang umah aku, ada eksiden. 3 kenderaan, 2 bijik motor satu lagi kancil. Nasib baik la aku bawak kete slow, kalau tak mesti aku dah langgar India depan aku tu. Yang eksiden tu india dengan cina. Memula tu, cina tu bawak laju potong kete aku. Pastu, dia nak selit antara kete dengan motor india tu. Aku dah cakap dah, kalau silap sikit je, mesti dia kantoi tu. Memang betul la, depan mata je tergolek. Aku stop kete block jalan, pastu aku ketepikan motor motor tu dulu, pastu letak india tu ke tepi, parking kete tepi, pastu jaga jalan. Jalan kat situ jadi jem sangat. Pastu aku angkat plak motor cina tu, pastu aku sound cina tu apasal bawak laju. Tetiba dia marah aku, hampeh. Terus aku hempaskan motor dia, lantak. Padan muka. Pastu ada cina tow-truck tu pun kena sound dengan dia. Pastu diorang gaduh... aku pun join sekali hehehe... best betul rasanya gaduh gaduh ni. Elok sangat la tu, sebab hati aku tengah panas hehehe.


Hari ni bos aku takde ... hmmm rasa mcm nak seronok je.




Ni yang aku punya.

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik. * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. * Sangat menarik dan pandai menjaga diri. * Punya daya mental yang sangat kuat. * Suka diberi perhatian. * Sangat diplomatik (pandai memujuk ). * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. * Sangat berani dan tiada perasaan takut. * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. * Emosi cepat terusik. * Cuba kawal perasaan. * Kecenderungan bersifat pendendam. * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. * Kuat daya ingatan. * Gerak hati yang sangat kuat. * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. * Berpenyakit disekitar kepala dan dada. * Sangat cemburu dan terlalu cemburu


hmm agak agak sama tak kat bawah ni ????

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara. ( hmm ye ke )
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. ( hehehe sikit )
* Berfikiran kehadapan. ( depannn ??? )
* Berfikiran unik dan bijak. ( bijak la kot )
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. ( hmm entah la )
* Pemikiran yang tajam. ( tajam ke ??? )
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. ( uikss bahaya ni )
* Sesuai jadi seorang doktor. ( hmm bukan cikgu ke )
* Cermat dan teliti. ( hmm sikit la )
* Personaliti yang dinamik. ( Dinamik, terbilang gemilang kononnya )
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. ( yessss )
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. ( mcm bob tu ke ? )
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. ( hmm betul ke ? )
* Terlalu degil dan keras hati. ( ini betul )
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. ( hmm )
* Tak suka marah kecuali digugat. ( kira tak garang la ni )
* Mudah ambil berat terhadap orang lain. ( ye keeeeeeee )
* Pandai muhasabah diri. ( ye la tu )
* Cara berfikir yang lain dari orang lain. ( lain ke ? )
* Otak yang sangat tajam. ( tak bocor ke tengkorak ? )
* Pandai mendorong diri sendiri. ( hmm agaknye kot )
* Tidak hargai pujian. ( ha ha ha ha ha ha )
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. ( ye kot )
* Cuba sampai berjaya. ( betul la tu )
* Badan yang sasa. ( har har har har kurus je )
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. ( hmm )
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. ( uikss bahaya ni )
* Suka duduk di rumah. ( puteri lilin konon )
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. ( wahh best la )
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. ( yessss )
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. ( simpan dalam hati )
* Bercita-cita tinggi. ( betul tu )
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah. ( yessss )




Hmm kat bawah ni plak .. rasa mcm betul je ... tapi no comment



FEBRUARI

* Berfikiran abstrak. ( mcm lukisan tu ke ? )
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak. ( hmm agaknya kot )
* Bijak dan pintar ( hehehe suka la tu )
* Berpewatakan yang mudah berubah. ( yesss )
* Mudah menawan orang lain. ( hmm mcm penculik plak )
* Agak pendiam. ( tak la )
* Pemalu dan rendah diri. ( rendah ke ? )
* Jujur dan setia pada segalanya. ( no comment )
* Keras hati untuk mencapai matlamat. ( keras ???? )
* Tidak suka dikongkong. ( yesss )
* Mudah memberontak apabila dikongkong. ( yessss )
* Suka kegiatan yang lasak. ( hmm ye ke ?? )
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. ( yesss )
* Mudah mempamerkan marahnya. ( ya betulllll )
* Tidak suka benda yang remeh-temeh. ( entah )
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. ( hmm agaknya )
* Sangat berani dan suka memberontak. ( pengganas ke ? )
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. ( hmm tak pasti la )
* Pemerhatian yang tajam. ( dah pakai spek memang la )
* Suka hiburan dan sukan. ( hiburan ye la, sukan tak tau plak )
* Suka benda yang bersifat seni. ( hmm entah la )
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. ( ye ke ?? )
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul. ( agaknya )
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. ( beli katil besar tu ke )
* Belajar untuk mempamerkan emosi. ( yesss )

p/s : sorry semua .....gambar takde hari ni ... stok abis




Thursday, March 10, 2005

Rasa mcm bosan je

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni rasa mcm boring je plak ... hmm tadi pagi call abah aku, dia kat dalam ward. Dia kata mungkin buah pinggang dah ada rosak sikit, tapi baru peringkat permulaan la. Tapi takpe la, aku suruh dia banyak minum air. Rasanya abah aku tu sakit sebab tak banyak minum air. Dia pun tak lalu makan. So, minggu ni aku rasa aku nak balik kampung. Tengok orang tua aku tu, kesian dia. Mesti dia sedih. Tapi apa kan daya. Nasib baik la hospital tu seberang jalan je kat kampung aku. Kalau jauh mcm mana ntah. Aku pun kira beruntung dapat seorang emak yang bertanggungjawap. Dia banyak berjasa kat abah aku. Mak la yang jaga abah, yang tunggu abah kat hospital, yang suapkan makanan, bawak pegi bilik air. Abah kalau anak anak nak bawak ke bilik air ke, nak suapkan makan ke, dia tak nak. Dia cuma nak mak aku je.

Hari ni bos aku takde, pastu kerja pun mcm bosan je sebab mcm takde cabaran je hehehe. Ngantuk pun ada, rasa mcm nak gi jalan jalan pun ada. Bosan bosan bosan bosan. Nak call darling dia asyik sibuk je ... sabo je la ......

Wednesday, March 09, 2005


Kereta kesayangan aku ...... Posted by Hello

Ini aku tengah makan roti .... ingat tak lapar ke ? Posted by Hello

Dan lagi ..... letih tau Posted by Hello

Ada lagi tu Posted by Hello

Tambahan gambar lepas lari hari tu Posted by Hello

Selamat Pagi Kawan-kawan & Darling

Good Morning Pada Semua Peminat peminat Azrill hehehe


Lama dah tak taip kat sini, tapi atas permintaan 'orang tu' , untuk tidak menghampakan hasrat hatinya, maka tergeraklah hati nak taip balik blog ini.

2 minggu bersamaan 14 hari, lama gak kan tak buat benda ni. Rasa mcm tak tau nak tulis apa. Dalam masa 2 minggu mcm mcm ada. Pahit, manis, masam, masin, kelat, tawar ada je dalam hidup ni.

Lepas je ari tu Larian Integrasi, minggu depannya weekend aku balik kampung tengok orang tua aku. Dah sampai rumah rasa mcm sunyi je sebab adik aku yang bongsu takde kat umah. Dia dok kat asrama Sek. Men. Teknik Kuala Selangor. Dah takde kawan nak main chess. Nak harap adik aku yang pompuan tu dia bukannya reti main chess. Tapi aku dapat la satu pertandingan baru dengan adik aku tu. Pertandingan masak hehehe. Yang jadi hakim mak dengan abah aku & pada minggu tu, aku muncul sebagai juara dengan masakan nasi ayam dengan terubuk goreng gaul dengan asam jawa hehehe. Terer betul aku, beruntung kalau sape sape dapat aku jadi laki dia kui kui kui. Hari Sabtu tu, aku gi la bawak parent aku melawat adik aku kat Kuala Selangor. Abah rindu sangat kat dia. Maklum la, baru je balik haji, dah dia pegi asrama. Tak sempat lagi hilangkan rindu yang membara di hati. Sampai sana dalam pukul 11:30 pagi, pastu guard tu kata budak budak ada kelas hari ni. Abis kelas pukul 14:00. Aku pun apa lagi, tanya parent aku nak pegi mana, pastu aku cadangkan gi jalan jalan ke KL. Maka, terus la kami gerak ke KL, saje je jalan jalan. Ingat nak gi umah makcik makcik aku. Tapi ari tu semuanya takde kat umah. Call masing masing tak jawap. Pastu kitorang lupakan la saja hajat nak jumpa diorang. Kitorang terus gi kilang buat Yong Yau Foo, beli kaw kaw punya banyak. Murah tu, elok untuk buat bisnes. Ari tu masa raya puasa ari tu, kitorang satu family buat kelainan. Tak bagi orang makan ketupat sangat, jamu dengan Yong Tau Foo tu je. Orang pun suka makan benda alah tu. Dalam pukul 15:45, kitorang sampai kat Kuala Selangor. Aku cari adik aku, kawan kawan dia kata dia di outing. Cehhh hampeh betul, dah la kitorang tak lunch lagi masa tu. Tunggu punya tunggu, pukul 17:30 baru dia balik. Bertuah punya budak, ingat tak letih ke tunggu. Sabo je la. Lepak sembang sembang dengan dia kejap, sampai pukul 18:00, kitorang pun gerak balik Sabak Bernam yang permai. Sampai Sabak Bernam pun masa tu dah nak malam dah. Tapau makanan kat kedai makan, lepas makan malam je dalam pukul 21:30, aku terus tido. Gile punya letih la ari tu.

Hari Sabtu lepas ( 05 March 2005 ), aku gi Genting sebab ada orang ajak. Aku gi naik sana ingatkan nak naik Cable Car. Tapi rupanya ditutup. Tak puas hati punya pasal, tanya kat orang tu apasal tak jalan. Rupanya sebab angin kencang. Management tak nak ambil risiko. Betul gak, buatnya goyang goyang Cable Car tu, pastu terputus mcm mana. Tergolek jatuh gaung ingat tak boleh mati ke? Ishhh .. bahaya tu. Maka, dengan hati yang tak puas hati, aku bawak la kete naik Genting tu. Tengok kat situ hotel fully booked.Pelik gak aku, tengok kat signborad, parking pun banyak penuh, bilangan kete dah mencecah sampai 700 lebih yang parking. Tertanya tanya aku apasal ramai. Rupanya ada Zouk Fest Party yang diorang buat kat situ. Terlupa plak aku, tiket dapat hehehe. Tapi tengok banyak la melayu melayu yang mcm orang putih. Tonggang beer dengan selamba je. Mcm takde apa apa yang salah je. Perempuan plak tu, hampeh. Tak boleh buat bini langsung. Tapi kat atas tu pun ari tu sejuk sangat. Dengan angin kuatnye, kira kalau isap rokok kat situ, hembus asap mcm rasa tak abis je keluar asap tu. Bila bercakap asyik kuar asap je, mcm kat negara orang putih plak hehehe.

Hari Ahad tu, ada Larian KL International Marathon. Aku masuk 10KM je, mana larat nak masuk marathon. 42 KM tu, ingat tak penat ke ? Aku dapat buat catatan 65 minit je ari tu. Tapi ok apa, lari dalam town. Best je rasanya hehe. Tapi pagi tu memang mencabar, dah la aku terbangun pukul 6:30, pastu masa nak gi Dataran tu, jalan kat KL banyak tutup. Last last parking motor kat depan Bangkok Bank, jalan kaki ke Dataran. Sampai sana 5 minit lagi nak dilepaskan. Start lari dalam barisan yang paling last. Kira mcm tak puas hati gak la, 1 KM still tak boleh lari lagi. Kena jalan sebab orang ramai sangat. Sesak giler tu. Tapi, bila dah dapat lari, ramai orang aku potong hehehe kira terer gak la aku ni kui kui kui.

Aku sebenarnya sekarang ni tengah merindui somebody. Tapi semalam bila aku tanya dia, dia kata dia tak rindu kat aku. Hmm selamba je .... takpe la nak buat mcm mana. Dah orang tak nak rindu, tak nak sayang, takkan la nak paksa. Biar la aku rindu, aku sayang sorang sorang. Biarkan la ... takpe ... aku sedar sape diri aku ni cehhh wahhhhh....

Abah aku sekarang ni ada dalam ward kat Hospital Sabak Bernam. Doktor suruh dia berehat kat ward, semalam admited. Doktor nak check darah katanya, sebab darah dah kotor. Takut buah pinggang tak elok. Harap harap takde apa la. Risau gak sebab kalau sakit buat pinggang tu bahaya. Sentiasa aku doakan supaya abah sihat sejahtera, cepat sembuh dari sakit tu.


Tapi betul la, aku betul betul tengah rindu kat orang tu, tapi orang tu tak rindu aku pun ... uwaaaaaaaaaaaaaaaaa



A Dream is the bearer of a new possibility, the enlarged horizon, the great hope.