Saturday, March 19, 2005

Minggu yang takde mood

Assalamualaikum w.b.t & good morning to you .........


Lama dah tak taip benda alah ni ... sibuk sangat rasanya minggu ni .. maklum la ... big bos la katakan hehehe....


Semalam aku gi TTC, ada talk pasal TM Branding. Best la gak talk tu, pasal Re-branding company aku ni. Logo nak tukar kaler, uniform nak tukar kaler mcm mcm lagi la nak tukar. Tapi bos aku tak tukar tukar plak. Kalau dia tukar sekali dengan bos aku, rasanya lagi best kot.

Hari tu, big boss aku mintak aku gi Sabah ( KK ) end of this month. Hmmm memula tu ok la, tapi last last dia mintak pakai duit sendiri dulu beli tiket flight sebab nak cut cost. Dia suruh naik Air Asia, sebab kalau MAS susah sikit nak claim tiket sebab mahal. Pastu aku tak puas hati la, aku cakap mana boleh mcm ni. Selalu diorang yang uruskan pasal flight tu. Tau tau dapat tiket je, tapi sekarang nimcm hampeh. Aku bagitau la yang aku nak pakai duit banyak bulan ni. Aku nak konvo lagi, mcm mcm lagi nak guna duit. Dah la claim lambat. Daripada aku suffer sepanjang bulan tu, baik aku tak payah pegi. Pastu kena marah plak aku, nak cakap mcm mana lagi. Aku diam je la... hari panas je.

Pastu, hari Rabu ari tu, aku gaduh dengan budak rumah aku. Mende ntah dia hangin. Aku balik dari keluar beli air, pinjam motor kawan aku. Pastu aku naik atas antar air, pastu nak turun balik sebab nak kunci motor. Masa aku nak masuk bilik dengar orang maki hamun. Segala mencarut carut keluar. Rupanya ditujukan pada aku. Dia marah sebab aku tak tutup pintu. Kecoh je ... pasal pintu pun nak mengamuk ngamuk. Aku cakap kat dia aku nak turun bawah balik sebab nak kunci motor. Pastu aku kena marah balik. Last last aku lepas kunci motor je, naik balik bawak turun pisau blade. Hmmmm nasib baik tak tikam perut dia ari tu. Ingat dia badan besar aku takut ke nak lawan. Pastu, aku terus naik, lepak dalam bilik baca paper. Hati panas je. Pastu mamat tu naik, mintak maaf kat aku. Ingat senang ke aku nak maafkan dia. Dah panggil aku babi la, apa la mcm mcm la, selamba je nak mintak maaf. Yang best tu, siap melutut, nak cium kaki aku, menangis nangis. Hampeh betul. Kalau setakat gaduh dengan tunang pun, nak babitkan kawan kawan apasal plak. Bengang la aku. Pastu sampai sekarang ni, malas aku nak sembang sangat dengan dia. Itu la akibatnya bila otak dah tak berfungsi. Benak sangat kepala hotak tu.

Semalam, masa on the way nak balik, tengah aku bawak kete dengan layannya nak masuk simpang umah aku, ada eksiden. 3 kenderaan, 2 bijik motor satu lagi kancil. Nasib baik la aku bawak kete slow, kalau tak mesti aku dah langgar India depan aku tu. Yang eksiden tu india dengan cina. Memula tu, cina tu bawak laju potong kete aku. Pastu, dia nak selit antara kete dengan motor india tu. Aku dah cakap dah, kalau silap sikit je, mesti dia kantoi tu. Memang betul la, depan mata je tergolek. Aku stop kete block jalan, pastu aku ketepikan motor motor tu dulu, pastu letak india tu ke tepi, parking kete tepi, pastu jaga jalan. Jalan kat situ jadi jem sangat. Pastu aku angkat plak motor cina tu, pastu aku sound cina tu apasal bawak laju. Tetiba dia marah aku, hampeh. Terus aku hempaskan motor dia, lantak. Padan muka. Pastu ada cina tow-truck tu pun kena sound dengan dia. Pastu diorang gaduh... aku pun join sekali hehehe... best betul rasanya gaduh gaduh ni. Elok sangat la tu, sebab hati aku tengah panas hehehe.


Hari ni bos aku takde ... hmmm rasa mcm nak seronok je.




Ni yang aku punya.

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik. * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. * Sangat menarik dan pandai menjaga diri. * Punya daya mental yang sangat kuat. * Suka diberi perhatian. * Sangat diplomatik (pandai memujuk ). * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. * Sangat berani dan tiada perasaan takut. * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. * Emosi cepat terusik. * Cuba kawal perasaan. * Kecenderungan bersifat pendendam. * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. * Kuat daya ingatan. * Gerak hati yang sangat kuat. * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. * Berpenyakit disekitar kepala dan dada. * Sangat cemburu dan terlalu cemburu


hmm agak agak sama tak kat bawah ni ????

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara. ( hmm ye ke )
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. ( hehehe sikit )
* Berfikiran kehadapan. ( depannn ??? )
* Berfikiran unik dan bijak. ( bijak la kot )
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. ( hmm entah la )
* Pemikiran yang tajam. ( tajam ke ??? )
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. ( uikss bahaya ni )
* Sesuai jadi seorang doktor. ( hmm bukan cikgu ke )
* Cermat dan teliti. ( hmm sikit la )
* Personaliti yang dinamik. ( Dinamik, terbilang gemilang kononnya )
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. ( yessss )
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. ( mcm bob tu ke ? )
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. ( hmm betul ke ? )
* Terlalu degil dan keras hati. ( ini betul )
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. ( hmm )
* Tak suka marah kecuali digugat. ( kira tak garang la ni )
* Mudah ambil berat terhadap orang lain. ( ye keeeeeeee )
* Pandai muhasabah diri. ( ye la tu )
* Cara berfikir yang lain dari orang lain. ( lain ke ? )
* Otak yang sangat tajam. ( tak bocor ke tengkorak ? )
* Pandai mendorong diri sendiri. ( hmm agaknye kot )
* Tidak hargai pujian. ( ha ha ha ha ha ha )
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. ( ye kot )
* Cuba sampai berjaya. ( betul la tu )
* Badan yang sasa. ( har har har har kurus je )
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. ( hmm )
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. ( uikss bahaya ni )
* Suka duduk di rumah. ( puteri lilin konon )
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. ( wahh best la )
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. ( yessss )
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. ( simpan dalam hati )
* Bercita-cita tinggi. ( betul tu )
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah. ( yessss )




Hmm kat bawah ni plak .. rasa mcm betul je ... tapi no comment



FEBRUARI

* Berfikiran abstrak. ( mcm lukisan tu ke ? )
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak. ( hmm agaknya kot )
* Bijak dan pintar ( hehehe suka la tu )
* Berpewatakan yang mudah berubah. ( yesss )
* Mudah menawan orang lain. ( hmm mcm penculik plak )
* Agak pendiam. ( tak la )
* Pemalu dan rendah diri. ( rendah ke ? )
* Jujur dan setia pada segalanya. ( no comment )
* Keras hati untuk mencapai matlamat. ( keras ???? )
* Tidak suka dikongkong. ( yesss )
* Mudah memberontak apabila dikongkong. ( yessss )
* Suka kegiatan yang lasak. ( hmm ye ke ?? )
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. ( yesss )
* Mudah mempamerkan marahnya. ( ya betulllll )
* Tidak suka benda yang remeh-temeh. ( entah )
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. ( hmm agaknya )
* Sangat berani dan suka memberontak. ( pengganas ke ? )
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. ( hmm tak pasti la )
* Pemerhatian yang tajam. ( dah pakai spek memang la )
* Suka hiburan dan sukan. ( hiburan ye la, sukan tak tau plak )
* Suka benda yang bersifat seni. ( hmm entah la )
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. ( ye ke ?? )
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul. ( agaknya )
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. ( beli katil besar tu ke )
* Belajar untuk mempamerkan emosi. ( yesss )

p/s : sorry semua .....gambar takde hari ni ... stok abis




No comments: