Tuesday, April 05, 2005

Minggu yang sedih ( Luahan hati ku )

Hi Semua ... Assalamualaikum w.b.t

Last week aku gi Sabah ( Kota Kinabalu ) .... ada workshop kat Telekom Training Centre kat KK. Flight ari tu pukul 11:30 ... tapi biasa la ... kalau nak naik kapal terbang mesti delay punya ... tak pernah aku naik kapal terbang yang betul betul perfect time dia .... hampagas je rasanya. Sampai je kat KK dalam pukul 2:15 petang .... masa tu tunggu orang dari KK ambik kat airport naik van. Pastu diorang bawak gi centre kat KK tu. Aku ingatkan diorang nak bawak terus ke hotel. Rupanya ke centre dulu. Dah la letih... dalam flight punya la aku berangan angan untuk berehat rehat sambil guling guling kat katil. Kena tunggu bos bos meeting dulu la pulak. Diorang abis dalam pukul 7:45 malam. Banyangkan dari pukul 2:30 sampai pukul 7:45 tu duduk melangut je kat situ ... apa la ....

Sampai je kat hotel, best je terus je mandi mandi. Pastu layan baring baring sambil pejam mata sikit hehehe ... rupanya malam tu ada gempa bumi. Tapi kat Sabah takde la rasa sebab jauh dari pusat tu. Kira ok la .. kalau tak cuak la gak. Dok kat sana takde la jalan jalan sangat sebab asyik sibuk bekerja je. Ye la .. mcm orang tu gak ... asyik kerja je ..... hehehe ( nanti marah la tu ).

Hari Jumaat tu je yang dapat jalan jalan. Itu pun pegi kat pasar Filipina. Beli t-shirt ... beli untuk mak, abah, riza dengan akmall. Ye la ... apa apa pun mesti kena ingat family dulu. Lepas tu baru ingat darling punya. Memang niat nak beli pun hadiah kenang kenangan untuk my darling. Maklumla ... walaupun jauh beribu batu, orang yang tersayang tak boleh la dilupakan. Tapi orang tu tak rindu pun kat aku...... apa la .... nak buat mcm mana .... nak merajuk nanti kata " lelaki mana boleh merajuk " hmmm entah la .. sabo je la.

Semalam masa nak balik dari kampung ke KL, ada eksiden kat Tanjung Karang. Punya la menyayat hati. Masa aku sampai je, ada lori satu tan, kete iswara dengan wira. Jenguk punya jenguk, satu mayat baru dikeluarkan dari kete. Lelaki .... muka hancur. Punya la sedih aku rasa. Dalam tengah aku isap rokok, tengah ujan lebat masa tu, keluar lagi satu mayat dari bawah dashboard. Sorang perempuan ... kecik je tapi tengkok aku rasa dah patah sebab kepala dia ada kat bawah dashboard tu. Muka hancur gak. Sebak gak tengok, pastu tolong polis tu kumpul barang dari dalam kete tu, terjumpa la Al-Quran ... lagi rasa mcm insaf je masa tu. Tak dapat bayangkan mcm mana diorang di saat saat eksiden tu. Pastu aku teruskan perjalanan dengan rasa yang hiba. Fikiran plak masa tu tengah berkecamuk sangat. Dengan memikirkan pasal abah, pasal kawan kawan, pasal orang tu.

Hmmm entah la ... pasal apa la aku terlalu merindui kat orang tu. Aku rindu sangat. Lama aku tak dapat kemesraan yang mcm dulu. Aku rindukan gelak mesra mcm dulu. Gurauan senda .... hmmm mungkin aku ada salah silap, tapi aku tak tau. Dia terlalu perahsia. Kalau ada salah pada diri aku.... bagitau je ... boleh la di ubah silap tu. Tapi kalau diam mcm mana nak tau. I'll try my best to be a better man. Mcm lagu Robbie William tu. One of her fav song. Aku pun memang suka lagu tu. Aku berharap nak jadi the best mcm yang pernah diberitahu dulu. I'll try. Aku sebenarnya terlalu sayang kat dia. Hmmm entah la ... mungkin perasaan aku je mengatakan dia berubah, tapi sebenarnya dia tak. Hati sedih jugak, tapi aku terpaksa simpan. Tak nak tunjukkan sebab aku perlu menjaga hati seorang kekasih. Aku tak nak memanjangkan perkara ni, untuk menjaga hubungan ni. Once bila dah sayang somebody, aku tak tengok orang lain dah. Aku harap dia pun mcm tu jugak. Walaupun kadangkala perasaan cemburu tu tak boleh ditahan tahan, kadang kadang terlepas jugak, lagi lagi waktu bila aku call dia tengah engage, tapi kalau itu yang menyebabkan dirinya tak selesa, aku boleh simpan je. Memang betul apa yang dia kata hari tu, " kita belum kawin lagi " ...... i'm so sorry ..... mungkin kata kata aku ni buat dia rasa tersinggung. Tapi aku mcm tu sebab aku tersangat sayang kat dia ...... aku rindu kat dia .....
Lagi lagi mak sudah berkata kata, abah berharap harap. Aku memang takut kehilangan seorang yang aku sayang sangat. Aku tak nak terjadi apa apa dalam hubungan ni. Boleh jadi gila kot rasanya. Rasa nak nangis, tapi air mata tak keluar. Rasa nak sedih tapi tak ada plak kesedihan. Tapi mungkin dia ada masalah, tapi tak diceritakan atau tak mau nak bagi aku tau. Mendung hati aku seperti mendung langit kat luar sekarang ni. Mcm nak ujan je.

Sampai sekarang ni aku mencari apa kesalahan yang mungkin aku buat pada dia. Aku tak mau dia bersedih sebab aku. Aku cuma harapkan dia menyayangi diri aku sebaik baiknye sama mcm aku sayang diri dia. Walaupun susah nak jumpa, walaupun kadang kadang jauh walaupun rumah dekat je, dia tetap ada dihati aku ni. Setiap saat aku ingat dia. Aku tau mungkin dia terlalu sibuk dengan mcm mcm hal, pasal kerja, mungkin tension dengan kerja ke, tapi aku harap sangat jgn la hampakan harapan aku ni. Berjanji lahh ..........

I Love U My Darling

No comments: