Assalamualaikum .....
Hari-hari yang mendatang ... membawa sinar bahagia ... ye ke ? Dah cuti lama sangat, rasa mcm malas plak nak kerja. Aku start cuti hari Khamis ari tu ( 05 May 2005 ) sampai la ke Isnin ( 09 May 2005 ). Long holiday, bawak my parent pegi Utara Tanah Air. Gerak dari Sabak Bernam pun pepagi buta, tapi tak la buta sangat. Kira kira dekat pukul 7 jugak la gerak dari sana. Sampai Alor Star dalam 10:45 pagi. Giler punya bawak laju kete hehe. Melepaskan geram la katakan. Tapi kat sana is very hot. Dah hitam dah aku dibuatnya. Terik sungguh la. Iye ..... kaw kaw punya. Dok sana sampai tak selera sangat nak isap rokok. Yang berselera cuma nak minum dengan nak mandi. Setakat kalau nak bawak bini honeymoon kat belah utara, rasanya lupakan je la. Pakai aircond pun kadang kadang tak rasa sejuk. Rasa panas je...... masa tu kalau bini nak manja manja pun kena tolak tepi la ... suruh dia tido bawah katil har har har.
Hari Khamis tu rilek je la kat umah my uncle. Tido .. letih tu bawak kete, ingat tak letih ke. Tetiba terdengar la bunyi hp aku. Bunyi lagu Who's That Girls hehe .. dah tau dah sape yang call. Orang tu marah hehehe .... tapi ye ke dia marah ? Ke dia rindu sebenarnya ? Tak pun rindu sambil marah marah secara manja hehehe.........
Esoknya .... kitorang gi Padang Besar ... hmmm apa lagi .. membuat kegiatan shopping sambil lupa diri hehe.... banyak tu mak aku shopping. Aku rilek je ... dok situ belajar cakap siam je. Sembang sembang dengan orang siam ... pastu aku dah tak reti nak cakap siam. Tu la ... tau cakap siam sikit sikit nak belagak sembang dengan orang siam. Padan muka aku. Lama gak la lepak kat Padang Besar tu, dari pukul 12:30 tengahari sampai la 3ptg ... hehehe .... kebakaran rasanya segala kulit kulit aku yang tulus mulus ni. Lepas je puas dengan aktiviti shopping, aku gi antar bapak aku gi klinik. Ada appointment dengan doktor tu kat Pauh, Perlis. Dalam pukul 4 petang, ambik nombor, dapat nombor 46. Doktor datang pukul 6, pastu lepak la makan laksa perlis dulu. Puas hati je rasanya, tak sia sia datang dari jauh makan laksa perlis. Memang kaw.
Masa kat klinik tu, dalam pukul 630 petang, doktor pun sampai. Tak pernah seumur hidup aku tengok klinik yang ada ramai orang. Memang betul la mujarab. Doktor tu dengar ceritanya doktor pakar kat Kedah Medical Center. Speciallist dalam Nerve. Hmm orang yang datang mcm mcm penyakit la aku tengok. Ada yang lumpuh, sakit lutut, darah tinggi, sakit jantung .... ubat dia memang power la. Bayangkan la bapak aku yang dapat nombor 46 tu, masuk jumpa doktor pukul 1205 tengahmalam. Ada pakcik tu masa aku sembang kat kedai makan tu, dia dapat nombor 82 ! Gile la ...... mcm mana tu. Charge dia pun murah je, average dia charge patient dalam RM50 je sorang, sekali dengan ubat untuk stok sebulan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, bapak aku beransur sihat, boleh la jalan, makan nasi, sembang sembang. Kira ok la tu.
Esoknya, mak aku dengan adik aku gi Langkawi dengan auntie aku. Diorang ajak aku pegi sekali, tapi malas la pulak. Aku ada janji dengan kawan aku nak jalan jalan. Aku ajak la sepupu aku sekali pegi. Bapak aku tinggal rumah dengan uncle aku. Menjelajah la aku sekitar kedah & perlis, sampai masuk ke Thailand hehehe. Layan je ..... balik pun dah malam, tapi mak aku tak balik lagi. Amboiiiii sakan orang tua tu shopping. Dalam pukul 9 baru la mak aku sampai rumah. Hmmm banyak dia beli dulang dulang. Mak kata lepas ni dia nak masuk meminang. Suruh aku tunjuk rumah je kat mana, pastu dia nak meminang untuk aku...... ha ha ha ha ... aku hanya boleh sekadar tersenyum yang aku tak tau maksud senyuman tu.
Tapi tu la ... walaupun mcm best je vacation with my family tu, tapi entah la ... rasa sedih je. Pasal apa ntah. Dari hari tu lagi aku rasa sedih. Cuma orang tu je yang tau betapa sedihnya rasa hati ni, tapi tak tau pasal apa sedih. Itu pun sebab aku cerita kat dia ....... nak cerita kat sape lagi, kat orang tu je la. Sabo je la ... entah dia temankan aku sedih ke dia gelak gelak dalam hati. Bak kata orang siam yang jual baju kat Padang Besar tu kat aku, hati kita tak sama tau walaupun kita ni nampak sama ...... pandai betul orang siam berperibahasa kan.
Dan ... hari Ahad tu aku balik ke Sabak Bernam, Selangor .... lagi la tension aku masa bawak kete balik. Ada ke patut semua orang dalam kete tu bantai tido ..... sungguh tak patut ... kesian aku bawak kete sorang sorang sambil menyanyikan lagu rindu hehehe ..... Selamba je ambik masa tak sampai empat jam setengah. Tak tau la berapa speed trap kantoi hehehe. Lantak la .... kalau kena speed trap, bapak aku la bayarkan kot hehehe. Petang tu gi antar barang kat asrama adik aku plak kat Kuala Selangor. Rasa mcm nak letih je, tapi ku gagahi jua. Maklum la ... sebagai seorang abang yang bertanggungjawap, aku kena tunjukkan tauladan yang baik kepada adik adik aku walaupun aku tau yang sebenarnya aku ni memang baik sangat. Iye .. betul ... tak caya tanya adik aku. Mesti dia kata abang dia baik hehehe.
On Monday baru la balik KL. Selasa start keje .... pastu melalui hari hari yang sedih sekali lagi .... aduhhh .. apasal aku sedih ? Hanya TV aku kat rumah saja yang tau pasal apa aku sedih.
Semalam ( 11 May 2005 ), tengah beli burger ... tetiba ada eksiden ... kaw kaw punya. Motor RXZ gi langgar Volvo. Bayangkan la Volvo yang keras tu boleh sampai terpecah cermin tingkap dia, pintu sampai terbengkok. Yang mamat RXZ tu dah mcm separuh mati je. Tapi aku rasa motor tu salah la. Dia dah la laju, potong belah kiri plak tu. Pastu pakai helmet tak ikat. Sebelum dia jatuh atas jalan, helmet dia dah terbang dah. Macam mana nak cover kepala. Lagi satu, moral pada eksiden semalam....... Kalau gi kerja jgn tak pakai spender, nanti kalau eksiden, seluar terkoyak, takde la sampai terkeluar burung ....... itu la moral utama cerita ni hehehe .....
Akhir kata ... Majulah Azrill Untuk Negara Malaysia Yang Tercinta ......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment